Sekolah Menengah Agama (Arab) Darul Anuar (SMUDA) merupakan salah satu institusi pendidikan peringkat menengah aliran Arab yang satu-satunya wujud di Pulau Melaka ini. la mula ditubuhkan pada tahun 1963 oleh Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar. Beliau juga lebih dikenali dengan gelaran Haji Nik Mat @ Nikmatullah bin Raja Banjar.
Sekolah ini ditubuhkan memandangkan belum lagi terdapat sekolah agama di sekitar Pulau Melaka untuk membimbing anak-anak masyarakat pada waktu itu.
Sekolah ini lahir hasil dari cetusan idea Tuan Guru Haji Nik Mat kerana menyedari betapa pentingnya institusi pendidikan agama wujud di sekitar kampung bagi memudahkan anak-anak tempatan yang dahagakan ilmu pengetahuan untuk menimba ilmu agama.
Sebelum lahirnya sekolah ini, anak-anak tempatan terpaksa pergi ke Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Mardhiah Panchor untuk menuntut ilmu agama. Walaupun jarak antara keduanya tidaklah begitu jauh, hanya sekitar 11 kilometer, namun ianya amat dirasakan perlunya sekolah agama yang berdekatan dengan kediaman mereka memandangkan taraf ekonomi mereka yang rendah.
Dan pada masa itu mereka hanya bergantung kepada hasil pertanian dan ternakan sahaja serta sumber rezeki mereka cukup terhad. Pada peringkat awal penubuhan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Anuar, terdapat hanya 2 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Keadaan ini adalah disebabkan oleh masalah kewangan yang begitu terhad dan jumlah pelajarnya juga tidak begitu ramai.
Bangunan yang awal di bina ini juga adalah dibina secara bergotong-royong oleh penduduk setempat. Ia juga dikira memadai pada waktu itu, kerana hanya terdapat lebih kurang 52 orang murid yang terdiri daripada 30 lelaki dan 22 perempuan. Kebanyakan daripada mereka adalah merupakan penduduk yang tinggal di kawasan sekitar Kampung Pulau Melaka.
Bagi menjamin kelancaran pentadbiran dan pengurusan sekolah, satu lembaga pentadbiran sekolah telah diwujudkan. Jawatankuasa berkenaan adalah terdiri daripada:
Pengerusi | Haji Nik Mat Bin Raja Banjar |
Naik Pengerusi | Wan Idris Bin Ibrahim |
Setiausaha | Ustaz Muhammad Bin Ibrahim |
Penolong Setiausaha | Haji Abdul Rahman Bin Ismail |
Bendahari | Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat |
Ahli Jawatankuasa (AJK) | Awang Bin Ali |
Ahli Jawatankuasa (AJK) | Haji Nik Mat Bin Nik Hassan |
Ahli Jawatankuasa (AJK) | Ustaz Nawi Bin Muhammad |
Ahli Jawatankuasa (AJK) | Raja Soh Bin Raja Kob |
Ahli Jawatankuasa (AJK) | Abdullah Muhammad |
Ahli Jawatankuasa (AJK) | Nik Harun Bin Nik Hassan |
Ahli Jawatankuasa (AJK) | Nik Razin Bin Nik Mat |
Pemeriksa Kira-Kira | Abdul Aziz Bin Mohammad & Haji Awang Aziz |
Menurut Haji Nik Din (YDP PIBG), bangunan sekolah yang terawal dibina di atas sebidang tanah milik Haji Nik Mat yang luasnya kira-kira satu ekar. Namun, memandangkan tanah yang agak luas diperlukan lagi bagi menampung pembinaan bangunan serta sebuah padang sekolah.
Justeru, pihak jawatankuasa sekolah telah bertungkus-lumus berusaha mendapatkan derma dan bantuan daripada orang ramai bagi membeli sebidang lagi tanah yang berdekatan dengan sekolah. Berkat daripada kesedaran pentingnya tolong-menolong dan bersedekah serta ditambah pula dengan kemurahan hati masyarakat pada masa itu, SMUDA telah mendapat sumbangan derma yang agak besar untuk menampung pembinaan bangunan sekolah pada waktu itu.
Selain itu, sekolah juga telah menerima derma sebidang tanah yang diwakafkan yang berdekatan dengan sekolah untuk dijadikan tapak awal penyebaran ilmu-ilmu Islam daripada Hajah Kalthom Binti Ahmad. Peringkat awal penubuhan Darul Anuar, hanya terdapat empat orang tenaga pengajar. Mereka terdiri daripada penduduk kampung berdekatan dan telah mendapat pendidikan di peringkat sekolah pondok dan Maahad Muhammadi.
Antara tenaga pengajar yang terawal ialah:
Menurut Ustaz Nawi, beliau merupakan tenaga pengajar yang termuda mengajar di Darul Anuar pada waktu itu. Beliau telah mendapat tawaran mengajar kerana memperolehi keputusan yang terbaik semasa belajar di Sekolah Menengah Ugama Tarbiah Madhiah di Panchor.
Menyentuh kepada pengambilan pelajar pada peringkat awal penubuhan sekolah ini pelajar yang digalakkan mendaftar di peringkat yang paling minimanya ialah sekitar umur enam tahun dan Tuan Guru Haji Nik Mat amat menggalakkan dan mengutamakan pelajar dari kalangan anak yatim dan orang yang miskin. Oleh sebab itulah pelajar dalam kategori ini telah di kecualikan daripada membayar sebarang yuran pengajian.
Selain itu, sistem pengajian yang dibentuk pada peringkat awal di sekolah ini juga terdapat sedikit perbezaan dengan sekolah-sekolah menengah yang lain.