Dahulunya sekolah ini dikenali sebagai Maahad Darul Anuar (MADA), Sekolah Menengah Agama (Arab) Darul Anuar (SMUDA) merupakan salah satu institusi pendidikan peringkat menengah aliran Arab yang satu-satunya wujud di Pulau Melaka.
Sekolah ini asalnya merupakan sebuah sekolah pondok dan diasaskan oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz.